Pada suatu hari Salsa bertanya: Ustaz, ustaz. Ape tu ikhlas?
Ustaz: diam tidak menjawab. Lalu berpaling kepada Irfan dan Hafis.
Ha..Irfan, Hafis. Adik Salsa bertanya ape tu ikhlas. Tahu tak ape tu ikhlas?
Irfan dan Hafis jawab, dengan jawapan yang 'familiar' : Tak tahu,ustaz.
Ustaz : Dah agak dah (dalam hati).
Ustaz itu pon tanya soalan yang sama dalam bentuk yang agak kreatif : Irfan, awk rase ikhlas tu macamana ye?
Irfan: Setahu saya..ikhlas tu kita buat baik kerana Allah,ustaz. Jawabnya yakin.
Ustaz: Hafiz, awak pulak?
Hafis: Saya follow abg irfan.
Ustaz: Jawapan Irfan tu betul, tapi kena tambah something ..nak tau tak?
Mereka bertiga: Nak tahu,ustaz. Ape dia tu? Ce citer..
Ustaz: Ikhlas tu kita buat baik kerana Allah dan tak mahu menunjuk-nunjuk amalan pada orang lain semata-mata nak dipuji.
Jadi tidak ikhlas ni sebaliknya, buat baik bukan kerana Allah dan nak orang puji dia tu baik.
Hafis: Boleh tak ustaz berikan contoh?
Ustaz: Boleh. Contoh biasa ialah imam di surau atau masjid. jika dia tu seorang ikhlas, di hatinya akan berbisik: aku jadi imam,baca sedap,bg tazkirah kerana allah sahaja,tak mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain. tapi kalau imam tu tak ikhlas, dia mahu macam ini: aku nak orang puji aku ni imam yang 'osem'(awesome),cantik,menarik,tertarik, dia memang da bomb. hihihihi.
Mereka bertiga: Hahahaha. Tapi bagaimana pula jika kita dah ikhlas, orang masih puji kita lagi?
Ustaz: Kita ucapkanlah terima kasih dan katakan 'alhamdulillah'. Janganlah marah orang yang puji kita tu pulak, kesian dia. Tahu tak, bila orang puji kita tu tandanya Allah suka kita kerana kita ikhlas.
Irfan: Bagaimana nak tinggalkan sikap tak ikhlas?
Ustaz: Senang sahaja. First, niat dalam hati "aku buat kerja ni kerana Allah." Second, sentiasa berusaha dan tak putus asa. Kalau kantoi, buat lagi sampai hati boleh ikhlas. Usaha tangga kejayaan.
Salsa: Ustaz, boleh tak orang yang berniat ikhlas mengambil upah? Macam dia tolong belikan barang untuk kawan dia,lepas tu dia minta upah dari kawannya? Boleh tak,ustaz?
Ustaz: Boleh,Salsa... ikhlas tanda kita taat pada-Nya. Mengambil upah tanda kita mencari rezeki. Rezeki pula siapa yang beri? mestilah Allah yang beri. jadi, Allah nak kita lakukan kedua - dua sekali.
Salsa: oh begitu..Allah nak kita buat baik dengan ikhlas dan cari rezeki juga,ustaz.
Ustaz: Pandai,Salsa.
Tiba - tiba, bibik datang."makanlah lah mee ni ustaz. Salsa,Irfan dan Hafis. Mari makan dengan ustaz sekali.
Lalu mereka bagai 'orang mengantuk dihulur bantal' pun makanlah. Tambahan pula mee goreng tu sodap. hehehe. Selepas itu kelas pon habis dan bersambung esok harinya.
Moral of Story: buat kerja biar ikhlas bukan nak menunjuk-nunjuk.
muiz dah tukar blog ker??? blog lama xaktf dah ker?
ReplyDeleteberpindah blog. dgn indentit baru =)
ReplyDeletesyukur....
ReplyDelete