Thursday, 5 January 2012

Mahu Jadi Popular? jom...!!

Bile sebut pasal tentang 'popular',semua orang nak popular. Tak kiralah samaada orang itu golongan agama atau tak. Semua nak popular hatta budak kecil pon same. Namun skala berbeza mengikut orang.

Nak popular tak salah. Namun, biarlah kena caranya, beb. Kalau silap langkah, orang akan kata syok sendiri pula. Carilah populariti atau popularkan orang yang disukai ataupun diri sendiri dengan cara 'cantik, menarik, tertarik memang da bomb.' Asalkan tak langgar syariat. 

Kenapa boleh pulak? Jom kite lihat bagaimana Allah mempopularkan Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia. Kita tumpu dulu kepada zaman sebelum dan selepas kelahiran baginda. Jom terjahhh!!

1.  Sebelum lahirnya baginda saw.


  • Allah dah beritahu kepada semua nabi dan para rasul yang diutuskan termasuk nabi Musa dan Isa, akan datang seorang rasul yang membenarkan segala kitab dan ajaran yang diwahyukan kepada mereka. Logiknya rasul tersebut mestilah yang terakhir (sebab nak sokong para nabi daripada nabi Adam hingga Isa a.s). 

So, semua nabi dan rasul dah take note dah,dah tau dah. Jom kita baca ayat ini:


A081



Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firman-Nya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu." Surah Ali Imran Ayat 81
  

  • Dalam Injil dan taurat pon ade sebut tentang nabi Muhammad saw. Para pendita Yahudi dan Kristian pon tahu akan lahir seorang nabi akhir zaman. Pengakuan pendita Buhaira  ketika baginda (ketika kecil) bersama pakciknya di Syria. Begitu juga pengakuan utusan kaum Aus dan Khazraj (baca kaum ansar) ketika perjanjian Aqabah. Nak tahu lebih lanjut, bacalah buku sirah, gi dengar ceramah kat masjid/surau. Jangan malas. Hihii. 

2. Selepas lahir.

Banyak sangat. Kita tumpukan kepada 2 perkara jer (yang mudah):

A. Allah popularkan nabi dengan dengan memberi baginda AKHLAK MULIA.

Mesti korang tau yang nabi kita saw mendapat gelaran Al-Amin. Jujur,amanah,dapat dipercayai, tak menipu. Kalau diberi tanggungjawab mengurus perniagaan orang, dia tak bolot harta tu untuk diri dia. Sape yang beri gelaran kepada baginda? Penduduk Mekah sendiri yang berikan gelaran tersebut. Maknanya inilah pengiktirafan mereka paling best untuk nabi saw tika masyarakat di dalam trouble yang  tragis.

Kalau korang perhatikan, masa nabi kita panggil mereka berkumpul di bukit Safa (time tu nabi baru dilantik jadi rasul), masa berkumpul tu mereka ditanya : kamu percaya padaku tak, kalau aku beritahu kamu semua, di belakang bukit  safa ini, ada pasukan tentera nak serang kamu?! 

Tau tak ape jawapan mereka? 

"Kami tak pernah tengok kau berbohong!(kami amat mempercayaimu)."  Sampai begitu sekali tanggapan mereka terhadap nabi kita.

Kisah yang menarik perhatian ..di saat hijrah, ketika baginda nak keluar dari rumahnya menuju ke madinah. time tu jugalah pemuda Quraisy berkumpul di situ. untuk ape? untuk memBUNUHnya.  
Dipendekkan cerita, bila nabi hendak keluar, saidina Ali dipesan agar MEMULANGKAN SEMUA BARANGAN YANG DIAMANAHKAN KEPADA TUANNYA SEMULA. Semua barangan tersebut kepunyaan orang kafir Quraish.

Terkesima, tergamam, tergezut, terkejut...begitulah dirasakan...
di saat media massa dikuasai pembesar Quraish, dengan segala tuduhan,tohmahan,fitnah: "Muhammad itu penipu, pembohong, gila, nak kuasa, penyair!" Masih ada yang mempercayai baginda. Begitu hebat kesan akhlak nabi kita dalam diri mereka. Seolah-olah mereka berkata: Katakan apa sahaja terhadap Muhammad. Kami tahu dia seorang yang amanah, tidak khianat terhadap amanah yang diberikan kepadanya!

So, tgklah. Hebatkan Allah? Tau tak per.


B. Nama nabi Muhammad ade di mana - mana sahaja. Di dalam kalimah syahadah, selawat, azan, iqamat dan tak dilupakan di dalam AL-QURAN.

Sekian.  kesimpulan....xde idea la...hihi. Buatlah kesimpulan korang di ruang komen =)

No comments:

Post a Comment