Sunday, 15 July 2012

Samb. Memoir Dr. Yusuf Al - Qaradawi


Asal – usul keluargaku, Al- Qaradawiyah

Keluarga Al - Qaradawiyah merupakan sebuah keluarga yang kecil. Semuanya berasal daripada zuriat seorang lelaki, atuk yang dikenali sebagai Haji Ali Al – Qaradawi. Atuk termasuk  dalam bilangan kecil pergi menunaikan haji pada zaman itu, memandangkan kos haji waktu itu mahal dan berbahaya di sudut lain. Nampaknya hasil perniagaannya membolehkan atuk pergi menunaikan haji ketika itu.

   Mungkin ini menunjukkan bahawa keluarga Al - Qaradawiyah ini pernah berhijrah dari  negeri lain. Saya pernah mendengar pak lang Ahmad beritahu: “keluarga kita, Al -Qaradawiyah dikatakan berasal dari sebuah negeri bernama Qardah....di sanalah kita dinisbahkan.” 
Oleh itu, (kami digelar) Al – Qaradawi, bukan seperti sebutan ahli Syam yang menyebut 
Al- Qardawi, dengan huruf  ra bertanda mati.
Aku pernah melihat kampung tersebut dalam perjalanan dakwah ku. Dahulunya kampung ini di bawah daerah Kafr Sheikh, negeri Al – Gharbiah. (Apabila terlampau besar) Kafr Sheikh kemudiannya dipecahkan kepada sebuah negeri.
Keluarga Al – Qaradawiyah ini bertebaran di pelosok Mesir, malahan kau akan menjumpai keluarga ini di Bani Ghazi, Libya. Aku tidak tahu, adakah asal – usul mereka dari Mesir atau tidak? Antara keturunan Al – Qaradawiyah yang terkenal menetap di daerah دسوق (Desouk), tidak sempat aku melawat Desouk ini walaupun aku selalu melawat pelbagai kampung dan negeri.
Salah seorang daripada mereka pernah mengutus surat kepada ku semenjak nama ku mula menitip di bibir orang. Dia menulis: keturunan Al – Qaradawiyah  diambil daripada nama sebuah kampung, Qardah. Dikatakan bahawa mereka berasal dari keturunan sayidina Husain r.a...... Wallahu ‘alam.





No comments:

Post a Comment