Wednesday, 4 July 2012

bahagian kedua Memoir Dr. Yusuf Al-Qaradawi


KAMPUNGKU

Takdir tuhan tak menetapkan aku lahir di bandar seperti  Kaherah, Mesir  dan  Damsyik, Syria untuk menceritakan kehebatan dan keistimewaannya.  Sebaliknya  aku lahir dan membesar di  sebuah kampung  mundur  di  Mesir yang  tidak mempunyai  bekalan air, elektrik, jalan berturap, kelab malam, perpustakaan, muzium …yang biasanya ada di bandar - bandar moden.

    Kampung Safat Turab terletak di antara bandar Tanta dan bandar Mahallah Kubra,Mesir.  Jarak antara kampungku dengan bandar Tanta 21 km manakala bandar Mahallah kubra pula sejauh 9 km.

    Safat Turab merupakan kampung sudah lama wujud. Bukti  adanya sebuah makam seorang sahabat  nabi Muhammad saw iaitu   Abdullah Bin Al-Haris di sini. Beliau merupakan sahabat yang terakhir  sekali wafat di bumi Mesir . beliau meriwayatkan  beberapa hadis  daripada Rasulullah saw dan hadis tersebut  diriwayatkan  oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah.

Sejarah Abdullah Bin Al-Haris r.a

Abdullah Bin Al – Haris r.a merupakan salah seorang  tentera pembukaan Islam  dipimpin oleh panglima `Amru Bin Al-`As r.a  membuka Mesir pada zaman Khalifah Umar.

    Tentera Rom mengalami kekalahan dan terpaksa meninggalkan Mesir. Peperangan tamat dan keamanan kembali semula. Para sahabat seperti  Amru Bin Al- `As,  Zubair Bin Awwam, Ubadah Bin Somit dan lain – lain kembali pulang ke Semenanjung Arab. Sebahagian  para sahabat  yang lain berserta murid mereka pula menetap di Mesir, bertebaran di bandar  dan kampung....

   Kampung kami bertuah. Abdullah Bin Al – Haris r.a memilih menetap di sini. Beliau mendirikan rumah tangga sehingga  wafat dan dikebumikan di kampung ini.Aku menulis beberapa rangkap syair memuji beliau  kerana kampung Safat Turab menjadi pilihannya berbanding tempat lain.  Syair ini belum diterbitkan lagi. Disebabkan  peristiwa ini, aku akan merakamnya semula.

    Syair tersebut:
. بعـبد اللـه أشـرقت الـروابي
صحابيّ الرسول، جزيت خيرا
شرفت بصحبة الـمختار دهـرا
وتسمـع منه قـول الحق صفوا
وجئت لـمصر تحـمل خير دين
ورحب شعب مصر بكم، وأصغى
دعـوتم مصر بالـحسنى فـلبّت
بسيف الـحب والـعدل انتصرتم


وأمست مـصر للإسلام حـصنا
وأنقذتم مــن الـرومان شعـب
وأسلم أهـل صفط عـلى يديكـم
وعشت بهـا، ومـت بهـا، هنيئا
وحـق لـصفطنـا بك أن تسمى
وبوركت السهول مـع الـهضاب
عـن الإسلام، يا نعم الـصحابي
تلـقَّى مـن مـناهـله الـعِذاب
وتشهد فعـلـه وبلا حـجـاب
مع ابن العاص في شرخ الشباب
لـدعـوتكم، وفـتَّح كـل باب
نداء اللـه، لا بشـبا الـحـراب
ولـيس ببطش ذي ظـفر وناب
ودرعا للـسـان وللـكـتاب
غـدا لهمـو كـأبقار الـحِلاب
ودانَـوْكم بـصهـر واقـتراب
لَها بك مـن جـوار مـستطاب
بصفط الـتبر لا صفط الـتراب

    Aku akan  cuba memberi cahaya yang menerangi kepada para pembaca agar mereka mendapat gambaran yang jelas terhadap kampung dan keluarga ku.

No comments:

Post a Comment