Wednesday, 4 July 2012

Memoir Sheikh Yusuf Al-Qaradawi.( bhgn 1 )


Dengan nama Allah, yang maha Pemurah lagi maha Penyanyang.

Inilah terjemahan 'Ibnu Qaryah wa Kuttab' atau Memoir Sheikh Yusuf Al-Qaradawi  hasil tulisan beliau sendiri menceritakan sejarah hidupnya sejak kecil sehingga beliau bergelar ulamak untuk umat Islam. 

Bahagian pertama: kita akan berkenalan dengan beliau. Jadi inilah dia biodata ringkas sebelum beliau bercerita lebih panjang lagi dalam memoirnya.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi ketika muda
 SHEIKH DR. YUSUF AL-QARADAWI

Nama penuh: Yusuf Bin Abdullah Bin Ali Bin Yusuf.
- Dilahirkan di Mesir pada tanggal 09/09/1926.
- Menghafal Al-Quran sebelum 10 tahun.
- Menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar, Mesir.
- Memperoleh Ijazah Sarjana muda Usuluddin,1953.
- Ijazah pendidikan,1954.
- Ijazah Sarjana Usuluddin (master degree),1960.
- Phd, 1973.




  PENGLIBATAN DALAM DUNIA DAKWAH

Di program Syariat & Kehidupan,Aljazeera


- Aktif dalam kegiatan dakwah sejak remaja lagi.
- Menyertai pergerakan Islam, Ikhwanul Muslimin.
- Pernah dipenjara beberapa kali  di zaman pemerintahan beraja  & revolusi Jamal Abdel Naser.
- Pemidato dan penulis yang hebat.





ANUGERAH YANG DITERIMA BELIAU

- Anugerah Bank Pembangunan Islam dalam ekonomi Islam.
- Anugerah Antarabangsa Raja Faisal dalam pengajian Islam.
- Anugerah Sultan hassanal bolkiah dalam bidang Fiqh dan lain-lain..












No comments:

Post a Comment