Sunday, 15 July 2012

Samb. Memoir Dr. Yusuf Al - Qaradawi


Asal – usul keluargaku, Al- Qaradawiyah

Keluarga Al - Qaradawiyah merupakan sebuah keluarga yang kecil. Semuanya berasal daripada zuriat seorang lelaki, atuk yang dikenali sebagai Haji Ali Al – Qaradawi. Atuk termasuk  dalam bilangan kecil pergi menunaikan haji pada zaman itu, memandangkan kos haji waktu itu mahal dan berbahaya di sudut lain. Nampaknya hasil perniagaannya membolehkan atuk pergi menunaikan haji ketika itu.

   Mungkin ini menunjukkan bahawa keluarga Al - Qaradawiyah ini pernah berhijrah dari  negeri lain. Saya pernah mendengar pak lang Ahmad beritahu: “keluarga kita, Al -Qaradawiyah dikatakan berasal dari sebuah negeri bernama Qardah....di sanalah kita dinisbahkan.” 
Oleh itu, (kami digelar) Al – Qaradawi, bukan seperti sebutan ahli Syam yang menyebut 
Al- Qardawi, dengan huruf  ra bertanda mati.
Aku pernah melihat kampung tersebut dalam perjalanan dakwah ku. Dahulunya kampung ini di bawah daerah Kafr Sheikh, negeri Al – Gharbiah. (Apabila terlampau besar) Kafr Sheikh kemudiannya dipecahkan kepada sebuah negeri.
Keluarga Al – Qaradawiyah ini bertebaran di pelosok Mesir, malahan kau akan menjumpai keluarga ini di Bani Ghazi, Libya. Aku tidak tahu, adakah asal – usul mereka dari Mesir atau tidak? Antara keturunan Al – Qaradawiyah yang terkenal menetap di daerah دسوق (Desouk), tidak sempat aku melawat Desouk ini walaupun aku selalu melawat pelbagai kampung dan negeri.
Salah seorang daripada mereka pernah mengutus surat kepada ku semenjak nama ku mula menitip di bibir orang. Dia menulis: keturunan Al – Qaradawiyah  diambil daripada nama sebuah kampung, Qardah. Dikatakan bahawa mereka berasal dari keturunan sayidina Husain r.a...... Wallahu ‘alam.





Wednesday, 4 July 2012

bahagian kedua Memoir Dr. Yusuf Al-Qaradawi


KAMPUNGKU

Takdir tuhan tak menetapkan aku lahir di bandar seperti  Kaherah, Mesir  dan  Damsyik, Syria untuk menceritakan kehebatan dan keistimewaannya.  Sebaliknya  aku lahir dan membesar di  sebuah kampung  mundur  di  Mesir yang  tidak mempunyai  bekalan air, elektrik, jalan berturap, kelab malam, perpustakaan, muzium …yang biasanya ada di bandar - bandar moden.

    Kampung Safat Turab terletak di antara bandar Tanta dan bandar Mahallah Kubra,Mesir.  Jarak antara kampungku dengan bandar Tanta 21 km manakala bandar Mahallah kubra pula sejauh 9 km.

    Safat Turab merupakan kampung sudah lama wujud. Bukti  adanya sebuah makam seorang sahabat  nabi Muhammad saw iaitu   Abdullah Bin Al-Haris di sini. Beliau merupakan sahabat yang terakhir  sekali wafat di bumi Mesir . beliau meriwayatkan  beberapa hadis  daripada Rasulullah saw dan hadis tersebut  diriwayatkan  oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah.

Sejarah Abdullah Bin Al-Haris r.a

Abdullah Bin Al – Haris r.a merupakan salah seorang  tentera pembukaan Islam  dipimpin oleh panglima `Amru Bin Al-`As r.a  membuka Mesir pada zaman Khalifah Umar.

    Tentera Rom mengalami kekalahan dan terpaksa meninggalkan Mesir. Peperangan tamat dan keamanan kembali semula. Para sahabat seperti  Amru Bin Al- `As,  Zubair Bin Awwam, Ubadah Bin Somit dan lain – lain kembali pulang ke Semenanjung Arab. Sebahagian  para sahabat  yang lain berserta murid mereka pula menetap di Mesir, bertebaran di bandar  dan kampung....

   Kampung kami bertuah. Abdullah Bin Al – Haris r.a memilih menetap di sini. Beliau mendirikan rumah tangga sehingga  wafat dan dikebumikan di kampung ini.Aku menulis beberapa rangkap syair memuji beliau  kerana kampung Safat Turab menjadi pilihannya berbanding tempat lain.  Syair ini belum diterbitkan lagi. Disebabkan  peristiwa ini, aku akan merakamnya semula.

    Syair tersebut:
. بعـبد اللـه أشـرقت الـروابي
صحابيّ الرسول، جزيت خيرا
شرفت بصحبة الـمختار دهـرا
وتسمـع منه قـول الحق صفوا
وجئت لـمصر تحـمل خير دين
ورحب شعب مصر بكم، وأصغى
دعـوتم مصر بالـحسنى فـلبّت
بسيف الـحب والـعدل انتصرتم


وأمست مـصر للإسلام حـصنا
وأنقذتم مــن الـرومان شعـب
وأسلم أهـل صفط عـلى يديكـم
وعشت بهـا، ومـت بهـا، هنيئا
وحـق لـصفطنـا بك أن تسمى
وبوركت السهول مـع الـهضاب
عـن الإسلام، يا نعم الـصحابي
تلـقَّى مـن مـناهـله الـعِذاب
وتشهد فعـلـه وبلا حـجـاب
مع ابن العاص في شرخ الشباب
لـدعـوتكم، وفـتَّح كـل باب
نداء اللـه، لا بشـبا الـحـراب
ولـيس ببطش ذي ظـفر وناب
ودرعا للـسـان وللـكـتاب
غـدا لهمـو كـأبقار الـحِلاب
ودانَـوْكم بـصهـر واقـتراب
لَها بك مـن جـوار مـستطاب
بصفط الـتبر لا صفط الـتراب

    Aku akan  cuba memberi cahaya yang menerangi kepada para pembaca agar mereka mendapat gambaran yang jelas terhadap kampung dan keluarga ku.

Memoir Sheikh Yusuf Al-Qaradawi.( bhgn 1 )


Dengan nama Allah, yang maha Pemurah lagi maha Penyanyang.

Inilah terjemahan 'Ibnu Qaryah wa Kuttab' atau Memoir Sheikh Yusuf Al-Qaradawi  hasil tulisan beliau sendiri menceritakan sejarah hidupnya sejak kecil sehingga beliau bergelar ulamak untuk umat Islam. 

Bahagian pertama: kita akan berkenalan dengan beliau. Jadi inilah dia biodata ringkas sebelum beliau bercerita lebih panjang lagi dalam memoirnya.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi ketika muda
 SHEIKH DR. YUSUF AL-QARADAWI

Nama penuh: Yusuf Bin Abdullah Bin Ali Bin Yusuf.
- Dilahirkan di Mesir pada tanggal 09/09/1926.
- Menghafal Al-Quran sebelum 10 tahun.
- Menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar, Mesir.
- Memperoleh Ijazah Sarjana muda Usuluddin,1953.
- Ijazah pendidikan,1954.
- Ijazah Sarjana Usuluddin (master degree),1960.
- Phd, 1973.




  PENGLIBATAN DALAM DUNIA DAKWAH

Di program Syariat & Kehidupan,Aljazeera


- Aktif dalam kegiatan dakwah sejak remaja lagi.
- Menyertai pergerakan Islam, Ikhwanul Muslimin.
- Pernah dipenjara beberapa kali  di zaman pemerintahan beraja  & revolusi Jamal Abdel Naser.
- Pemidato dan penulis yang hebat.





ANUGERAH YANG DITERIMA BELIAU

- Anugerah Bank Pembangunan Islam dalam ekonomi Islam.
- Anugerah Antarabangsa Raja Faisal dalam pengajian Islam.
- Anugerah Sultan hassanal bolkiah dalam bidang Fiqh dan lain-lain..












Sunday, 5 February 2012

SAYA SUDAH BERGELAR GURU

Alhamdulillah.... lagu  KAMI GURU MALAYSIA ni untuk  menaikkan dan  'maintain' semangat untuk menabur bakti. 






Cita - cita saya
Saya ingin menjadi guru yang berkualiti, memberi pengajaran yang berkualiti dan melahirkan pelajar yang berkualiti. Saya  sesekali TIDAK  akan berputus asa sekalipun tersungkur di medan perjuangan beberapa kali. Saya yakin semakin susah, makin banyak pahala yang ALLAH berikan kepada saya. Saya adalah guru, memegang 'title' guru. Akhlak, peribadi, cara bercakap dan berfikir saya mesti cara seorang guru berakhlak, berperibadi, bercakap dan berfikir. Saya wajib berubah! Saya wajib beriman, berilmu, berakhlak, beramal dan berbakti! Moga ALLAH Yang Maha Mendenagr dan Memahami  menolong hamba-Nya ini, amin.

* Mohon doa daripada pengunjung blog ni, untuk diri saya ini.Jazakallah khairan.

Monday, 16 January 2012

MACAM - MACAM B)



SKETSA 1 ( MENGAJAR  BUDAK 5 TAHUN )

MENGAJAR BUDAK UMURNYA 5 TAHUN TAK MACAM MENGAJAR YANG 9 @ 11 @ 15 TAHUN..TAK BOLEH TEGAS  SEPANJANG NGAJAR...BUDAK 5 TAHUN NI SUKA MAIN. KITA WAT MUKE SERIUS TAHAP OLTROMEN PON DEPA WAT DUNNO  JER. JADI CARA YANG TERBAIK: AJAR + MAIN + MAIN + AJAR + AJAR + MAIN. MACAMANA TU? NGAJAR  DALAM 10 MINIT, PAS TU LAYAN DIA MAIN –MAIN. PASTU AJAR LA BALIK. KALAU TAK BUAT CEMTU, ADE JER ALASAN DIA TAK MAU DENGAR PE YANG KITA NAK AJAR TU.. “I WANT TELL U SOMETHING”, “I WANT  SHOW U MY TOY.”
TU LA YG DIA MEMBEBEL KALAU KITA MENGAJAR TERUS MENERUS....
SAPE YANG MENGAJAR Al-QURAN PADA BUDAK JENIS CEMNI, CARA  ‘MUSYAFAHAH’  SESUAI  BAGI  PARA OSTAT/OSTAZAH  YANG KEKERINGAN IDEA. MUSYAFAHAH  TU PE DIA?  GURU BACA AYAT AL-QURAN, MURID ULANG BALIK.
SESAMBIL MENGAJAR, SELIT JUGA PERBUALAN BAHASA ARAB. KITA BERBUAL DENGAN DIA DALAM BAHASA ARAB..KALAU  DIA TAK FAHAM, KITA TERJEMAH LA PASTU KITA ULANG BALIK SOALAN, DIA JAWAB PULAK  DALAM BAHASA ARAB. =)

PESANAN: MENGAJAR JANGAN SERIUS MACAM BAWAH NI..



SKETSA 2  ( DI IPTxx )

“PUAN. SAYA NAK AMBIL OFFER LETTER   MASTER.”

“INI DIA, DIK.  BLA  BLA  BLA  BLA  BLA  BLA BLA.....NI JUMLAH YANG KENA BAYAR PADA SEM PERTAMA, YANG NI PULA KENA BAYAR SEKALI SAHAJA...BLA BLA BLA BLA BLA...”

“ OH, BEGITU.. SAYA FAHAM...EH, PUAN...NAPER ALAMAT RUMAH SAYA NI LAIN  MACAM JER, ALAMAT THAILAND LA PUAN.”

“ DALAM SISTEM ALAMAT RUMAH KAMU KAT AMPANG LA DIK.”

“ YE PUAN.. TAPI DALAM SURAT INI DIA TULIS 'THIA'...”

“LA...MAAFKAN AKAK, DIK. BOLEH TAK ADIK DATANG SEMULA ESOK?”

“ TAK DE MASALAH, KAK. ESOK SAYA DATANG. ASSALAMUALAIKUM.”

# NASIB BAIK LA AKU DATANG..KALAU AKU TAK DATANG, NESCAYA SURAT TU TERBANG KE THAILAND. AKU PULAK JENUH MENUNGGU.....

MORAL: SEHEBAT MANA SESUATU INSTITUSI DI MATA KITA, MANUSIA LEMAH DAN MELAKUKAN KESILAPAN. SEBAIK – BAIK MEREKA SIAPA YANG MEMOHON AMPUN DAN BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK.  ASTAGFIRULLAH. =)








Thursday, 5 January 2012

Mahu Jadi Popular? jom...!!

Bile sebut pasal tentang 'popular',semua orang nak popular. Tak kiralah samaada orang itu golongan agama atau tak. Semua nak popular hatta budak kecil pon same. Namun skala berbeza mengikut orang.

Nak popular tak salah. Namun, biarlah kena caranya, beb. Kalau silap langkah, orang akan kata syok sendiri pula. Carilah populariti atau popularkan orang yang disukai ataupun diri sendiri dengan cara 'cantik, menarik, tertarik memang da bomb.' Asalkan tak langgar syariat. 

Kenapa boleh pulak? Jom kite lihat bagaimana Allah mempopularkan Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia. Kita tumpu dulu kepada zaman sebelum dan selepas kelahiran baginda. Jom terjahhh!!

1.  Sebelum lahirnya baginda saw.


  • Allah dah beritahu kepada semua nabi dan para rasul yang diutuskan termasuk nabi Musa dan Isa, akan datang seorang rasul yang membenarkan segala kitab dan ajaran yang diwahyukan kepada mereka. Logiknya rasul tersebut mestilah yang terakhir (sebab nak sokong para nabi daripada nabi Adam hingga Isa a.s). 

So, semua nabi dan rasul dah take note dah,dah tau dah. Jom kita baca ayat ini:


A081



Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firman-Nya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu." Surah Ali Imran Ayat 81
  

  • Dalam Injil dan taurat pon ade sebut tentang nabi Muhammad saw. Para pendita Yahudi dan Kristian pon tahu akan lahir seorang nabi akhir zaman. Pengakuan pendita Buhaira  ketika baginda (ketika kecil) bersama pakciknya di Syria. Begitu juga pengakuan utusan kaum Aus dan Khazraj (baca kaum ansar) ketika perjanjian Aqabah. Nak tahu lebih lanjut, bacalah buku sirah, gi dengar ceramah kat masjid/surau. Jangan malas. Hihii. 

2. Selepas lahir.

Banyak sangat. Kita tumpukan kepada 2 perkara jer (yang mudah):

A. Allah popularkan nabi dengan dengan memberi baginda AKHLAK MULIA.

Mesti korang tau yang nabi kita saw mendapat gelaran Al-Amin. Jujur,amanah,dapat dipercayai, tak menipu. Kalau diberi tanggungjawab mengurus perniagaan orang, dia tak bolot harta tu untuk diri dia. Sape yang beri gelaran kepada baginda? Penduduk Mekah sendiri yang berikan gelaran tersebut. Maknanya inilah pengiktirafan mereka paling best untuk nabi saw tika masyarakat di dalam trouble yang  tragis.

Kalau korang perhatikan, masa nabi kita panggil mereka berkumpul di bukit Safa (time tu nabi baru dilantik jadi rasul), masa berkumpul tu mereka ditanya : kamu percaya padaku tak, kalau aku beritahu kamu semua, di belakang bukit  safa ini, ada pasukan tentera nak serang kamu?! 

Tau tak ape jawapan mereka? 

"Kami tak pernah tengok kau berbohong!(kami amat mempercayaimu)."  Sampai begitu sekali tanggapan mereka terhadap nabi kita.

Kisah yang menarik perhatian ..di saat hijrah, ketika baginda nak keluar dari rumahnya menuju ke madinah. time tu jugalah pemuda Quraisy berkumpul di situ. untuk ape? untuk memBUNUHnya.  
Dipendekkan cerita, bila nabi hendak keluar, saidina Ali dipesan agar MEMULANGKAN SEMUA BARANGAN YANG DIAMANAHKAN KEPADA TUANNYA SEMULA. Semua barangan tersebut kepunyaan orang kafir Quraish.

Terkesima, tergamam, tergezut, terkejut...begitulah dirasakan...
di saat media massa dikuasai pembesar Quraish, dengan segala tuduhan,tohmahan,fitnah: "Muhammad itu penipu, pembohong, gila, nak kuasa, penyair!" Masih ada yang mempercayai baginda. Begitu hebat kesan akhlak nabi kita dalam diri mereka. Seolah-olah mereka berkata: Katakan apa sahaja terhadap Muhammad. Kami tahu dia seorang yang amanah, tidak khianat terhadap amanah yang diberikan kepadanya!

So, tgklah. Hebatkan Allah? Tau tak per.


B. Nama nabi Muhammad ade di mana - mana sahaja. Di dalam kalimah syahadah, selawat, azan, iqamat dan tak dilupakan di dalam AL-QURAN.

Sekian.  kesimpulan....xde idea la...hihi. Buatlah kesimpulan korang di ruang komen =)

Tuesday, 3 January 2012

Alkisah Seorang Cikgu Ala-Ala Ustaz.

Nun jauh di Ampang sana, dalam sebuah rumah mewah, seorang ustaz sedang mengajar 3 orang muridnya. Mereka bertiga adik beradik. Abang yang sulung namanya Irfan, ke-2 Hafis dan bongsu, Salsa. Setiap pagi mereka belajar Alquran, agama dan lain-lain daripada ustaz tersebut. selesai sahaja tamat membaca Al - Quran, seperti kebiasaan si ustaz memperuntukkan 30 minit untuk soal jawab agama (ala-ala segmen Soal Imam Muda Asyraf). Selalunya si ustazlah yang bertanya,sebab murid tak mahu bertanya.

Pada suatu hari Salsa bertanya: Ustaz, ustaz. Ape tu ikhlas?
Ustaz: diam  tidak menjawab. Lalu berpaling kepada Irfan dan Hafis.
Ha..Irfan, Hafis. Adik Salsa bertanya ape tu ikhlas. Tahu tak ape tu ikhlas?

Irfan dan Hafis jawab, dengan jawapan yang 'familiar' : Tak tahu,ustaz.

Ustaz : Dah agak dah (dalam hati).
Ustaz itu pon tanya soalan yang sama dalam bentuk yang agak kreatif : Irfan, awk rase ikhlas tu macamana ye?

Irfan: Setahu saya..ikhlas tu kita buat baik kerana Allah,ustaz. Jawabnya yakin.

Ustaz: Hafiz, awak pulak?
Hafis: Saya follow abg irfan.  

Ustaz:  Jawapan Irfan tu betul, tapi kena  tambah something ..nak tau tak?

Mereka bertiga: Nak tahu,ustaz. Ape dia tu? Ce citer..

Ustaz:  Ikhlas tu kita buat baik kerana Allah dan tak mahu menunjuk-nunjuk amalan pada orang lain semata-mata nak dipuji.
Jadi tidak ikhlas ni sebaliknya, buat baik bukan kerana Allah dan nak orang puji dia tu baik.

Hafis: Boleh tak ustaz berikan contoh?

Ustaz: Boleh. Contoh biasa ialah imam di surau atau masjid. jika dia tu seorang ikhlas, di hatinya akan berbisik: aku jadi imam,baca sedap,bg tazkirah kerana allah sahaja,tak mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain. tapi kalau imam tu tak ikhlas, dia mahu macam ini: aku nak orang puji aku ni imam yang 'osem'(awesome),cantik,menarik,tertarik, dia memang da bomb. hihihihi.

Mereka bertiga: Hahahaha. Tapi bagaimana pula jika kita dah ikhlas, orang masih puji kita lagi?

Ustaz: Kita ucapkanlah terima kasih dan katakan 'alhamdulillah'. Janganlah marah orang yang puji kita tu pulak, kesian dia. Tahu tak, bila orang puji kita tu tandanya Allah suka kita kerana kita ikhlas.

Irfan: Bagaimana nak tinggalkan sikap tak ikhlas?

Ustaz: Senang sahaja. First, niat dalam hati "aku buat kerja ni kerana Allah." Second, sentiasa berusaha dan tak putus asa. Kalau kantoi, buat lagi sampai hati boleh ikhlas. Usaha tangga kejayaan.

Salsa: Ustaz, boleh tak orang yang berniat ikhlas mengambil upah? Macam dia tolong belikan barang untuk kawan dia,lepas tu dia minta upah dari kawannya? Boleh tak,ustaz?

Ustaz: Boleh,Salsa... ikhlas tanda kita taat pada-Nya. Mengambil upah tanda kita mencari rezeki. Rezeki pula siapa yang beri? mestilah Allah yang beri. jadi, Allah nak kita lakukan kedua - dua sekali.

Salsa: oh begitu..Allah nak kita buat baik dengan ikhlas dan cari rezeki juga,ustaz.

Ustaz: Pandai,Salsa.

Tiba - tiba, bibik datang."makanlah lah mee ni ustaz. Salsa,Irfan dan Hafis. Mari makan dengan ustaz sekali.

Lalu mereka bagai 'orang mengantuk dihulur bantal' pun makanlah. Tambahan pula mee goreng tu sodap. hehehe.  Selepas itu kelas pon habis dan bersambung esok harinya.

Moral of Story: buat kerja biar ikhlas bukan nak menunjuk-nunjuk.